Watak dan Perwatakan Kuchiki_Rukia

Pada mulanya, Kuchiki Rukia dilahirkan dalam keluarga kelas bawahan. Walaupun telah menjadi adik angkat kepada ketua salah sebuah keluarga bangsawan iaitu Kuchiki Byakuya, dia masih merendah diri serta gemar bergaul dengan orang biasa. Walaupun dia memberitahu Ichigo bahawa usianya 10 kali lebih tua daripada Ichigo, Rukia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang gaya kehidupan zaman kini memandangkan Soul Society berupakan zaman Edo Jepun. Dia tidak tahu minum jus dari kotak minuman dan belajar cara bertutur Jepun moden melalui komik yang dibaca. Berdasarkan kata-kata Kubo, apabila keputusan peperiksaan akhir tahun diisytiharkan, Rukia menduduki tempat 302 daripada 322. Dia gagal dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Jepun.

Rukia pandai berlakon dan melalui bakat ini, dia dapat meloloskan diri daripada situasi-situasi yang melekit. Hanya Ichigo yang boleh melihat menerusi kepura-puraan Rukia dan menuduhnya berbohong. Dia juga suka melukis (tetapi lukisannya agak teruk); lukisannya yang melambangkan manusia dan hollow selalunya digambarkan dengan arnab dan patung beruang. Ketidakbolehan Rukia melukis (Rukia mudah berasa marah apabila diberitahu tentang kenyataan ini) membekalkan elemen lucu dalam siri ini. Rukia akan melukis gambar semasa menerangkan sesuatu kepada Ichigo, Ichigo akan mengetawakan kualiti lukisannya dan Rukia akan memukul Ichigo dengan kuat. Rukia amat meminati Si Arnab Chappy (dan semua item yang bertemakan arnab) sehinggakan berasa kecewa apabila gagal memperoleh Chappy Soul Candy kerana popularitinya di Soul Society (dia berjaya mendapatkannya dalam babak Arrancar). Dia juga suka memanjat ke tempat yang tinggi. Makanan kegemarannya ialah telur dan timun.

Sikapnya terhadap Ichigo berubah-ubah sepanjang siri. Pada sesetengah waktu, dia akan selalu bertelingkah dengan Ichigo dan pada masa yang lain, dia bimbang akan Ichigo dan menasihatinya seperti petapa tua yang bijak. Dia kelihatan sangat rapat dengan Ichigo walaupun baru berjumpa. Kebanyakan babak yang memaparkan mereka berdua melibatkan pergaduhan dan perang mulut. Tetapi, mereka berdua amat memahami sesama sendiri dan dapat berbual dari hati ke hati.

Rukia turut memiliki bahagian yang serius seperti yang ditunjukkan pada kala dia dibawa balik ke Soul Society kerana memindahkan kuasanya kepada Ichigo. Di sana, dia kelihatan seolah-olah telah menerima takdir hidupnya atau sedang berfikir tentang sesuatu dengan dalam. Dia dan Ichigo juga pernah merasai kehilangan dan kekesalan. Ichigo menyalahkan dirinya kerana menyebabkan kematian ibunya. Rukia pula menyalahkan dirnya kerana membunuh pegawai atasan pasukannya, Shiba Kaien dan mengakibatkan kematian pasti Ichigo.